Friday 8 February 2013

Thumb Drives Yang Pelik, Unik & Awesome



















So yang mana korang pilih? Hehehehe...

Monday 28 January 2013

Bercuti ke Sandakan, Semporna dan Tawau, Sabah


23 Jan 2013 : Ayah & ibu masa tengah tunggu flight Airasia kat LCCT KLIA



Sementara tu kami di Sandakan dah standby dengan sebijik Toyota Avanza yang disewa untuk percutian keesokkan harinya. Kami bergerak dari Sandakan tepat pukul 8 pagi ke Semporna.



Singgah makan tengah hari di Lahad Datu.


Di sini 'Nai' bermaksud susu. Jadi kalau nak order teh tarik kena sebut "teh nai tarik". Baru dia letak susu. Kalau tak sebut "nai" tu nanti korang akan dapat "teh o tarik".







Aqif Ilman


Setibanya di Semporna pada pukul 2 petang kami terus check in kat Seafest Hotel. Tempahan telah dibuat lebih awal.



Ni la bilik yang kami sewa, Superior Village Family Room. Dapat RM210 selepas diskaun gov rate.



Aqil seronok la sebab dapat mandi kolam.


Petang tu kami ke Semporna Holiday Resort di Kampung Tampi Tampi, Semporna untuk minum petang.



Pemandangan arah Pulau Bum Bum.





Kalau nak mandi manda kat sini pun boleh jugak. Sorang RM5 jer mandi sampai puas. Nak mancing pun boleh.



Senarai harga makanan laut. Tangkap dan masak. Memang terbukti fresh.


Bergambar kenangan.





Dah sudah minum petang, makan-makan sikit, ambik gambar skit, balik hotel la apa lagi.



Esok pagi-pagi lepas breakfast kat hotel, pegi pasar ikan Semporna pulak. Saja nak tengok perbezaan harga makanan laut di sini. Memang murah-murah dan segar la semuanya.



Rumpai laut dan makanan eksotik lain.


Kira-kira pukul 10 pagi kami meninggalkan bandar Semporna menuju ke Tawau.



Ntah apa yang Aqif suka sangat. Kat Semporna ni rumah diorang besar-besar, kaya-kaya diorang ni. Salah satunya rumah yang gempak, ni la dia. Mesti juta-juta punya harga ni.




Sebelum sampai ke bandar Tawau, kami singgah dulu di Bibiq Corner di Lapangan Terbang Tawau untuk pekena Sup Payau atau Sup Rusa. 



Nasi putih, sup payau, telur dadar. Dah... Layannn.... Semangkuk sup payau ni berharga RM6 jer.




4 mangkuk sup payau menjadi santapan kami bertujuh. Aqif layan mata jer la.


Di Tawau, kami menginap di King Park Hotel. Hotel yang selesa dan murah siap dengan sarapan pagi. Rehat  -rehat kejap, lepas tu kami turn jalan kaki ke Pasar Gantung Tawau untuk membeli barang-barang cenderahati.





Brooch yang murah-murah. 




Aqil dapat gitar mini berharga RM10.


Aqif dah mula garu-garu kepala sebab penat dan mengantuk.


Dah puas bershoping sakan, singgah minum dulu di Tawau Kopitiam. Minum petang sambil layan Sanggar Cheese atau goreng pisang keju.


Wajah ayu atuk.




Kepuasan terpancar di wajah ibu sebab dapat berbelanja sakan.







Aqif dan Aqil dah tersangat penat.



Ni la rupa dia Sanggar Cheese.



Pemandangan bandar Tawau di malam hari dari tingkap bilik hotel King Park aras 7.




Sebelum keluar makan, ganti dulu kad hotel dengan kad Bonuslink (sebenarnya apa-apa kad pun boleh), baru la bilik sentiasa sejuk. 


Aqif tidur dengan lena sebab kepenatan. Malam tu kami makan di Restoran Sri Titingan, Batu 3, Tawau.



Dah bangun tapi cuma boleh makan nasi putih jer pasal semua pun seafood. Allergic, tak boleh tak boleh.


Ikan siakap merah masak 3 rasa dan sayur Chap Choy versi Restoran Sri Titingan.


Shark Fin Soup atau Sup Sirip Ikan Yu. Sorry lah ikan jaws. Hehe..


Ni pulak nama dia siput Kahanga masak black pepper.



Ni biasa la butter prawn.


Pemandangan bandar Tawau keesokkan paginya.






Bangun bangun bangun... Nak balik Sandakan dah ni.


Beli ikan bilis, ikan kurau, sotong kering, rumpai laut, periuk belanga, tikar, keropok amplang dan gajus kat Pasar Besar Tawau.







Penuh Avanza dengan segala macam barang. Sampai kena letak atas riba barang-barang tu.


Sampai di Batu Putih, Kinabatangan singgah lagi beli ikan patin, ikan tapah, ikan baung dengan daging rusa. Ikan Tapah dan Ikan Baung cuma RM12 jer sekilo, daging rusa pulak RM17 sekilo. Semuanya fresh dari sungai dan hutan di sekitar Kinabatangan. Terlupa nak ambik gambar. Kami tiba di Sandakan pukul 5 stgh petang. Pegi pasar lagi beli udang kering. Pengabisnya pukul 7 malam baru sampai rumah.


Malam tu kami makan seafood di Sim Sim.



Ni semua ikan hiasan kat restoran tu jer ok.




Lama jugak tunggu makanan sampai, lapar betul masa tu.




Pemandangan sekitar restoran terapung tersebut.













Lobster


Lupa nak ambik gambar sebelum makan, tau tau dah habis.



Esok pagi pegi pasar batu 8 pulak, beli segala macam seafood yang belum dimakan. Siput tarik, udang lipan, ketam, ikan sembilang menjadi mangsa kali ni.




27 Jan 2013 : Ieyra, Mirul, Ibu & Ayah balik KL



Puas delegasi dari Tangkak dapat makan makanan laut yang segar dan murah. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...